Rekacipta Dan Penggunaan Alat Mengumpan Untuk latihan Merejam Dalam Sukan Bola Tampar

Mohammad, Zulkhairi and Mohd Nor, Mohad Anizu (2010) Rekacipta Dan Penggunaan Alat Mengumpan Untuk latihan Merejam Dalam Sukan Bola Tampar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Malaysia sebuah negara yang sedang membangun dengan teknologiteknologi ciptaan baru. Oleh itu penghasilan teknologi baru tempatan sangat penting kerana negara tidak boleh terlalu bergantung kepada teknologi daripada negara luar. Rekacipta ini bertujuan membina sebuah alat yang selamat digunakan untuk melambungkan bola ke atas secara automatik dan spiker dapat berlatih secara bersendirian pada bila-bila masa tanpa mengharapkan bantuan daripada rakan yang lain. Alat berteknologi elektronik dan mekanikal ini adalah sebagai bantuan sokongan kepada pemain bola tampar untuk melakukan latihan merejam atau spiking secara berseorangan. Kajian dijalankan ke atas atlet bola tampar Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan sepuluh orang wanita bagi menguji kesesuaian alat dalam membantu latihan. Ujian dijalankan ke atas alat bantuan sokongan samada ia dapat melambungkan bola dengan baik supaya spiker dapat melakukan latihan spiking dan mengkaji keberkesanan penggunaan alat ini serta mengetahui adakah alat ini senang untuk dikendalikan secara deskriptif melalui borang soal selidik . Daripada analisis yang telah dijalankan, dapat dilihat bahawa daripada sepuluh item yang dianalisis hanya item 5 iaitu persoalan adakah alat ini mudah alih mendapat maklum balas tidak setuju dari subjek manakala 9 item yang lain subjek sangat setuju. Secara kesimpulannya, walaupun alat ini tidak siap sepenuhnya tetapi alat ini sangat sesuai digunakan dalam membantu melakukan latihan merejam atau spiking secara berseorangan serta mempunyai nilai kepenggunaan yang tinggi berdasarkan keputusan pengujian dan analisa terutamanya dalam aspek mudah dikendalikan. Cadangan pada masa akan datang agar instrumen ini dapat dipertingkatkan lagi kualitinya dari aspek mekanikal dan elektrikal.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09761
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12856

Actions (login required)

View Item View Item