Persepsi Guru Dan Pelajar Terhadap Pendidikan Jasmani Dan pemakaian Pakaian Sukan Ketika Pendidikan Jasmani Di sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Tengah, Johor darul Takzim

Nursan, Haslindah and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2010) Persepsi Guru Dan Pelajar Terhadap Pendidikan Jasmani Dan pemakaian Pakaian Sukan Ketika Pendidikan Jasmani Di sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Tengah, Johor darul Takzim. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi pelajar dan guru terhadap Pendidikan Jasmani dan pemakaian pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani di sekolah menengah di Daerah Johor Bahru Tengah, Johor. Dalam kajian ini, sebanyak 664 borang soal selidik telah diedarkan, masing-masing kepada 374 orang pelajar dan 270 orang guru. Kebolehpercayaan soal selidik pelajar adalah adalah 0.743 manakala untuk soal selidik guru adalah 0.851. Dari aspek minat dan keseronokan terhadap Pendidikan Jasmani, kajian mendapati persepsi pelajar dan guru adalah hampir sama. Empat puluh lima peratus pelajar menyatakan mereka berminat untuk menghadiri kelas Pendidikan Jasmani dan dapatan ini disokong dengan persepsi guru yang menyatakan 80.4% pelajar seronok semasa Pendidikan Jasmani diadakan. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa faktor malas bukan merupakan sebab utama (58.5%) pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani. Walaubagaimanapun, 77.4% responden guru berpendapat sebaliknya. Berdasarkan dapatan kajian, dua faktor utama yang didapati menyebabkan pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani ialah kekangan masa dan ketiadaan kemudahan bilik persalinan pakaian sukan. Kesimpulannya, pelajar dan guru bersetuju bahawa Pendidikan Jasmani merupakan suatu sesi pembelajaran yang menyeronokkan. Namun, masalah pemakaian pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani bukan disebabkan oleh faktor sikap sepenuhnya tetapi faktor ketiadaan bilik persalinan sukan dan masa pembelajaran Pendidikan Jasmani yang singkat membuatkan pelajar beranggapan keperluan menukar pakaian sukan menjadi satu bebanan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09759
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12854

Actions (login required)

View Item View Item