Pemantauan Tahap Kecergasan Fizikal Atlet Universiti Teknologi Malaysia

Hussin, Nur Adila and Awang, Ramli (2010) Pemantauan Tahap Kecergasan Fizikal Atlet Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk memantau tahap prestasi kecergasan fizikal atlet ping pong, skuasy dan sepak takraw Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada dua fasa kem pemantapan atlet yang berbeza. Seramai 32 orang atlet, masing-masing ping pong (lelaki, n=7; wanita, n=6), skuasy (lelaki, n=3; wanita n=3) dan atlet sepak takraw (lelaki, n=13) terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini, enam komponen kecergasan fizikal dikaji iaitu fleksibiliti (ujian jangkauan melunjur), daya tahan otot (ujian bangkit tubi), kekuatan otot (uiian tekan tubi), ketangkasan (ujian ketangkasan Illinois), kekuatan kaki (ujian lompat jauh berdiri) dan daya tahan kardiovaskular (ujian bleep). Dapatan kajian mendapati terdapat empat komponen pengujian yang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi atlet ping pong iaitu ujian bangkit tubi (wanita, p<0.01), ujian lompat jauh berdiri (wanita, p<0.05), ujian ketangkasan Illinois (lelaki p<0.05; wanita p<0.05) dan ujian bleep (lelaki, p< 0.05; wanita, p< 0.05). Atlet skuasy turut menunjukkan peningkatan signifikan bagi empat komponen iaitu ujian bangkit tubi (lelaki, p< 0.05), ujian tekan tubi (wanita, p< 0.05), ujian lompat jauh berdiri (wanita, p< 0.05) dan ujian bleep (wanita, p<0.05). Manakala bagi atlet sepak takraw, hanya satu komponen kecergasan yang didapati tiada perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kem pemantapan atlet tersebut iaitu bagi ujian jangkauan melunjur. Walaupun skor purata kebanyakan komponen kecergasan menunjukkan peningkatan tahap kecergasan fizikal, namun prestasi keseluruhan atlet ping pong, skuasy dan sepak takraw masih belum berada di tahap kecergasan yang baik dan masih boleh diperbaiki.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09749
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12844

Actions (login required)

View Item View Item