Tahap Pengetahuan Dan Sikap Bakal Guru Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi

Anis Farhan, Arzmi and Shakinaz, Desa (2007) Tahap Pengetahuan Dan Sikap Bakal Guru Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan juga sikap bakal guru Biologi terhadap maksud pengetahuan kandungan pedagogi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan dan sikap bakal guru Biologi terhadap pengetahuan kandungan pedagogi. Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah pelajar Major Biologi Semester 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Persampelan purposive” digunakan untuk memilih 60 orang responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, yang terdidri daripada 15 pernyataan betul/salah dan 15 pernyataan berformat skala Likert untuk mendapatkan data kajian. Data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan min, sisihan piawai dan peratusan skor. Peratusan skor dikategorikan mengikut tahap pengetahuan dan juga kecenderungan sikap berdasarkan julat skor yang telah ditetapkan. Ujian korelasi juga dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan dan sikap bakal guru Biologi terhadap pengetahuan kandungan pedagogi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi adalah sangat tinggi, dengan nilai min sebanyak 85.62. Keseluruhan bakal guru (100 %) mempunyai sikap yang positif terhadap pengetahuan kandungan pedagogi dengan min sebanyak 78.80. Hasil ujian korelasi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan sikap bakal guru Biologi terhadap pengetahuan kandungan pedagogi dengan nilai r = - 0.026 dan nilai p = 0.844. Maka, hipotesis nul ditolak. Kesimpulannya, bakal guru Biologi mempunyai tahap pengetahuan yang sangat tinggi dan sikap yang positif terhadap pengetahuan kandungan pedagogi.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1284

Actions (login required)

View Item View Item