Konsepsi Pembelajaran Pelajar Fakulti Pendidikan, universiti Teknologi Malaysia (utm), Skudai

Mahmud, Sri Mas Zarith and Sidin, Zaitun (2010) Konsepsi Pembelajaran Pelajar Fakulti Pendidikan, universiti Teknologi Malaysia (utm), Skudai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap konsepsi pembelajaran pelajar Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini juga meninjau perbezaan konsepsi pembelajaran antara pelajar tahun satu dan tahun empat Fakulti Pendidikan, serta konsepsi pembelajaran pelajar Fakulti Pendidikan yang paling dominan dan kurang dominan di kalangan pelajar tahun satu dan tahun empat Fakulti Pendidikan. Kaedah persempalan rawak berlapis digunakan yang melibatkan 250 orang responden yang terdiri daripada 88 orang pelajar tahun satu dan 162 orang pelajar tahun empat pelajar Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Instrumen yang digunakan ialah soal Inventori Konsepsi Pembelajaran (COLI) yang dibangunkan oleh Purdie dan Hattie (2002) untuk menentukan konsepsi pembelajaran pelajar. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0, data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan nilai min konsepsi pembelajaran pelajar secara umumnya berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.276. Nilai min konsepsi pembelajaran pelajar tahun satu dan tahun empat masing-masing ialah 4.233 dan 4.274 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara konsepsi pembelajaran pelajar berasaskan tahun pengajian, namun terdapat perbezaan yang signifikan jika data dianalisis berasaskan pengkhususan pengajian pelajar. Bagi pelajar tahun satu, konsepsi pembelajaran yang paling dominan adalah pada konstruk kelima iaitu pembelajaran sebagai proses yang tiada sempadan masa atau tempat dengan nilai min 4.314 manakala yang kurang dominan adalah pada konstruk keempat iaitu pembelajaran sebagai perubahan peribadi dengan nilai min 2.545. Bagi pelajar tahun empat, konsepsi pembelajaran yang paling dominan adalah pada konstruk ketiga iaitu pembelajaran sebagai suatu tugas dengan nilai min 4.546 manakala yang kurang dominan adalah pada konstruk keempat iaitu pembelajaran sebagai perubahan peribadi dengan nilai min 2.919.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09741
Subjects: Theory and Practice of Education > Social Foundations of Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12836

Actions (login required)

View Item View Item