Kajian Terhadap Penggunaan Kemahiran berfikir Secara Kreatif Dan Kritis Terhadap mata Pelajaran Matematik Tambahan tingkatan 4 Dalam Tajuk Fungsi

Ahmad Yusoff, Nurul Syafiah and Bakar, Md Nor (2010) Kajian Terhadap Penggunaan Kemahiran berfikir Secara Kreatif Dan Kritis Terhadap mata Pelajaran Matematik Tambahan tingkatan 4 Dalam Tajuk Fungsi. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti elemen-elemen Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang digunakan dalam buku teks matematik tambahan tingkatan 4 dalam tajuk fungsi serta penggunaannya dalam menyelesaikan masalah berkaitan tajuk fungsi di kalangan pelajar tingkatan empat di Sekolah Agama Menengah Bestari JAIS Subang Jaya. Seramai 137 orang pelajar pelbagai aliran yang terdiri daripada 52 orang pelajar lelaki dan 85 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Terdapat dua alat kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) dan set ujian diagnostik. Statistik deskriptif seperti min dan peratusan diaplikasikan dalam kajian ini menggunakan perisian Microsoft Excel. Keputusan kajian mendapati terdapat 13 elemen KBKK yang digunakan di dalam buku teks matematik tambahan tingkatan 4 terhadap tajuk fungsi di mana kemahiran mencirikan adalah paling kerap digunakan. Manakala keputusan bagi penggunaan KBKK terhadap mata pelajaran matematik tambahan dalam tajuk fungsi oleh pelajar tingkatan 4 secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Di mana kemahiran membanding dan membezakan paling kerap digunakan dan kemahiran menganalisis paling kurang digunakan. Dapatan kajian juga mendapati terdapat pertalian di antara penggunaan KBKK di dalam buku teks dan penggunaan KBKK oleh pelajar tingkatan 4 dalam menjawab soalan fungsi di mana kemahiran mencirikan telah digunakan secara tidak langsung dalam kemahiran mengumpul dan mengelas (item 1), membanding dan membeza (item 5) serta kemahiran menganalisis (item 10). Bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap KBKK, satu contoh modul pengajaran bagi tajuk Fungsi dikemukakan sebagai panduan kepada guru Matematik Tambahan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09726
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12822

Actions (login required)

View Item View Item