Mapping Teaching Styles Of English Lecturers With The preferred Learning Styles Of Utm Undergradua

Chung, Pei Ni and Abd Samad, Adlina (2010) Mapping Teaching Styles Of English Lecturers With The preferred Learning Styles Of Utm Undergradua. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Stail pembelajaran bagi setiap individu adalah unik kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk memperoleh ilmu dan mempelajari bahasa. Ketidaksamaan bukan sahaja wujud dalam stail pembelajaran, tetapi juga dalam stail pengajaran. Walaubagaimanmapun, tidaksepadanan antara stail pembelajaran pelajar dan stail pengajaran guru sentiasa wujud dalam konteks pendidikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyiasat tentang isu ini dan mengkaji tentang stail pembelajaran pelajar-pelajar UTM. Selain itu, tujuan kajian ini juga dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tentang stail pengajaran yang digunakan oleh pensyarah dalam kelas Bahasa Inggeris, dan sejauh mana ia sepadan dengan stail pembelajaran pelajar. Seramai 86 orang pelajar UTM telah dipilih secara rawak dari pelbagai fakulti untuk menjadi responden bagi kaijan soal selidik. Soalan soal selidik yang digunakan untuk kajian ini diubahsuai daripada Perceptual Learning Style Preference Questionnaire (PLSPQ) yang dihasilkan oleh Reid (1987) and Index of Learning Styles (ILS) yang dihasilkan Felder & Solomon (1997). Daripada 86 responden itu, 14 responden telah dipilih untuk ditemuduga tentang cara mereka membelajari bahasa Inggeris dan persepsi mereka tentang stail pengajaran pensyarah mereka. Dapatan kajian mendapati stail pembelajaran yang paling diminati oleh pelajar adalah pembelajaran secara auditori. Namun, kebanyakan pelajar berpendapatan bahawa pensyarah mereka mempunyai stail pengajaran kinesthetik. Ini menumjukkan ketidaksepadanan yang wujud antara stail pembelajaran dan pengajaran antara pelajar dan pensyarah. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa pensyarah seharusnya mengajar dalam stail pengajaran yang bersesuaian dengan stail pembelajaran pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09668
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12767

Actions (login required)

View Item View Item