Reka Bentuk Sistem Rawatan Sisa Air Wuduk Untuk Kegunaan tangki Simbah

Isa, Mohd Hilmi and Nordin, Mohd Safarin (2010) Reka Bentuk Sistem Rawatan Sisa Air Wuduk Untuk Kegunaan tangki Simbah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Musim kemarau yang melanda negara kita telah membawa kepada beberapa kebimbangan. Malah perkara yang sama pernah menggemparkan negara pada tahun 1997. Terbaru, kita juga digemparkan dengan kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan air akibat kemarau yang bakal melanda. Ditambah pula dengan penggunaan air yang berlebihan oleh masyarakat di negara ini yang hampir mencecah sepuluh kali ganda dari jumlah yang disyorkan. Justeru, pengkaji telah mencipta sebuah sistem rawatan sisa air wuduk untuk kegunaan tangki simbah sebagai suatu langkah penjimatan penggunaan air. Dua jenis ujikaji telah dijalankan iaitu ujikaji luar dan ujikaji dalam. Ujikaji luar yang telah dijalankan di salah sebuah masjid di daerah Johor Bahru adalah bertujuan untuk mengkaji kadar penjimatan air. Manakala ujikaji dalam bertujuan untuk mengkaji kualiti air terawat pula telah dijalankan di Makmal Rawatan Air di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia. Hasil ujikaji-ujikaji yang dijalankan telah menunjukkan kadar penjimatan tahunan yang boleh dicapai dengan penggunaan sistem ini adalah sebanyak RM127.80. Tahap pH 6.56 yang menghampiri paras neutral juga berjaya dicatatkan. Dalam ujian kekeruhan dan warna pula skor yang dicatat adalah 2.57 FTU (Formazine Turbidity Unit) dan 35 Pt/Co (Platinum-Cobalt Scale). Ini menunjukkan bahawa sisa air wuduk yang telah dirawat oleh sistem ini boleh digunakan untuk kegunaan tangki simbah kerana tahap kekeruhan, warna dan pH sisa air wuduk ini berjaya dikurangkan. Dengan adanya rekabentuk sistem rawatan sisa air wuduk ini, diharapkan dapat digunakan oleh orang ramai dan dalam masa yang sama menjimatkan kadar penggunaan air khususnya di masjid-masjid dan surau-surau

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09640
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12740

Actions (login required)

View Item View Item