Konsepsi Pembelajaran Pelajar Tahun Satu Dan Tahun Empat di Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi, Utm.

Loh, Hueh Yong and Sidin, Zaitun (2010) Konsepsi Pembelajaran Pelajar Tahun Satu Dan Tahun Empat di Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi, Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsepsi pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi sesi 2009/2010. Kajian ini mengkaji sama ada terdapat perbezaan konsepsi pembelajaran antara pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat. Kajian ini juga mengenal pasti konsepsi pembelajaran yang paling dominan dan kurang dominan di kalangan pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat di fakulti ini. Subjek kajian ini terdiri daripada 105 orang pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat daripada lima kursus yang berlainan di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi yang dipilih melalui kaedah pensampelan berlapis. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat. Dapatan kajian menunjukkan secara umumnya pelajar mempunyai tahap konsepsi yang tinggi dengan nilai min 3.76. Konsepsi pembelajaran adalah berbeza bagi pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat, nilai min bagi pelajar Tahun Satu ialah 3.87 dan nilai min bagi pelajar Tahun Empat ialah 3.77. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara konsepsi pembelajaran berdasarkan tahun pengajian dan pengkhususan. Ini menunjukkan pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat memegang pelbagai konsepsi pembelajaran yang lebih kurang sama. Manakala Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berasaskan konstruk pembelajaran berdasarkan tahun pengajian dan kursus. Konsepsi pembelajaran yang paling dominan ialah pembelajaran sebagai mengingati, mengguna, dan memahami maklumat (RUU) bagi pelajar Tahun Satu dan konsepsi pembelajaran sebagai pembentukan sosial (SOC) bagi pelajar Tahun Empat. Manakala konsepsi pembelajaran yang kurang dominan ialah pembelajaran sebagai mendapatkan maklumat (INFO) bagi pelajar Tahun Satu dan konsepsi pembelajaran sebagai mengingati, mengguna, dan memahami maklumat (RUU) bagi pelajar Tahun Empat.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09630
Subjects: Theory and Practice of Education > Social Foundations of Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12730

Actions (login required)

View Item View Item