Pembangunan Perisian Multimedia Cd-rom Interaktif Bagi mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan tingkatan 4 Bertajuk Sistem Kardiovaskular

Buhari, Irwan and Harun, Hafizah (2010) Pembangunan Perisian Multimedia Cd-rom Interaktif Bagi mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan tingkatan 4 Bertajuk Sistem Kardiovaskular. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan bukan lagi merupakan perkara yang asing pada zaman ini. Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk CD ROM interaktif merupakan salah satu penyumbang kepada pendekatan ini. Kajian pembangunan CD ROM interaktif ini bertujuan untuk menilai dan menguji kebolehan serta keupayaan di dalam membangunkan sesebuah perisian multimedia interaktif bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi tajuk Sistem Kardiovaskular Tingkatan 4. Kajian ini meliputi rekabentuk perisian, isi kandungan / maklumat dan sambutan serta penerimaan penggunaan CD ROM interaktif ini. Metodologi kajian ini berdasarkan soal selidik yang yang diedarkan kepada 60 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran ini. Perisian CD ROM Interaktif ini dibangunkan menggunakan perisian bahasa gubahan Macromedia Authorware 6.5 dan disokong dengan perisian lain iaitu Adobe Photoshop dan Macromedia Flash 8. Penganalisisan data menggunakan perisian SPSS versi 13.0 dan dapatan kajian dianalisis dengan peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian merujuk kepada analisis data didapati, CD ROM interaktif ini dapat diterima oleh pelajar dari segi rekabentuk, isi kandungan dan penggunaan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, dengan adanya CD ROM Interaktif ini diharapkan dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik ini secara optimum.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09625
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12725

Actions (login required)

View Item View Item