Perbezaan Tahap Kesukaran Antara Larian Di Treadmill Dan Larian Di Trek Menggunakan Parameter Asid Laktik Dalam Darah Dan Skala Ratings Of Perceived Exertion

Yeoh, Mei Yan and Ibrahim, Halijah (2010) Perbezaan Tahap Kesukaran Antara Larian Di Treadmill Dan Larian Di Trek Menggunakan Parameter Asid Laktik Dalam Darah Dan Skala Ratings Of Perceived Exertion. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Larian adalah satu aktiviti yang diminati dan sering dilakukan oleh orang ramai termasuk atlet- atlet. Kajian ini dilakukan untuk melihat perbezaan tahap kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek. Subjek kajian terdiri daripada atlet lelaki (n= 4) dan wanita (n= 2) berumur antara 21- 26 tahun yang pernah mewakili universiti ke sukan MASUM atau peringkat kejohanan yang lebih tinggi. Setiap subjek harus melakukan larian di treadmill dan di trek selama 30 minit dengan kadar denyutan jantung 75% daripada kadar denyutan jantung maksima (208- 0.7 x umur). Pengukuran yang terlibat ialah bacaan laktik dalam darah, Skor RPE (Rate Of Perceived Exertion) dan jarak sebelum dan selepas larian. Analisis dijalankan menggunakan perisian Microsoft Excel dan Statistical Package for Social Science version 13 (SPSS). Keputusan Paired Sample T- Test mencatat terdapat perbezaan bacaan laktik dalam darah (t=3.807, p=0.013) yang signifikan antara larian di treadmill dan larian di trek berdasarkan nilai signifikan p=0.05. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor RPE setiap 6 minit (t=0.504, p=0.636; t=0.299, p=0.777; t=-0.121, p=0.908; t=-0.226, p=0.830 dan t=0.311, p=0.768) antara larian di treadmill dan larian di trek. Berdasarkan analisis deskriptif jarak yang dicapai bagi larian di trek adalah lebih jauh daripada larian di treadmill. Oleh itu, kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara larian di treadmill dan trek bagi laktik dalam darah dan jarak. Manakala, tidak terdapat perbezaan skor RPE antara larian di treadmill dan larian di trek. Harapan agar pengkaji lain dapat meneruskan kajian ini supaya pengesahan dapatan kajian dapat dipertingkatkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09623
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12723

Actions (login required)

View Item View Item