Kesan Kafein Terhadap Prestasi Atlet Memanah Skuad pelapis Serantau Negara

Che Hashim, Nurziana and Mohd Nor, Mohad Anizu (2010) Kesan Kafein Terhadap Prestasi Atlet Memanah Skuad pelapis Serantau Negara. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Minuman berkafein mampu meningkatkan prestasi atlet dengan kesan pengambilannya bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbandingan skor memanah sebelum dan selepas pengambilan minuman berkafein. Melalui kajian ini, atlet dan jurulatih didedahkan dengan pengetahuan baru tentang kelebihan nutrein yang terdapat di dalam minuman berkafein terhadap prestasi atlet. Kajian ini berbentuk eksperimental yang melibatkan lima orang atlet memanah kategori recurve bow berusia dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun dan telah menceburi sukan memanah selama lima hingga tujuh tahun dipilih sebagai subjek. Pengujian dijalankan dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas pengambilan minuman berkafein. Minuman berkafein diberikan sejam sebelum pengujian fasa kedua dilakukan. Jarak pengujian adalah 70 meter dan skor memanah dicatat. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 dan Statistical Package for Social Science 13 (SPSS 13) dengan aras signifikan yang ditetapkan ialah p < 0.05. Hasil kajian daripada ujian-t berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor memanah sebelum dan selepas pengambilan minuman berkafein dengan p = 0.04. Daripada kajian yang dijalankan mendapati kafein dengan dos yang rendah membantu meningkatkan konsentrasi dan membekalkan tenaga kepada atlet memanah. Kesimpulannya, kafein boleh dijadikan suplemen tambahan dalam meningkatkan prestasi atlet selain daripada latihan yang sistematik dan pengambilan pemakanan yang seimbang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09621
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12721

Actions (login required)

View Item View Item