Keberkesanan Penggunaan Set Induksi Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Bagi Topik Cell Division

Nur Hidayah, Alawi and Fatimah, Mohamed (2008) Keberkesanan Penggunaan Set Induksi Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Bagi Topik Cell Division. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesesuaian penggunaan set induksi sebagai salah satu permulaan pengajaran dan untuk mengetahui sama ada pencapaian pelajar Tingkatan 4 pada kemahiran berfikir aras tinggi dipengaruhi sekiranya guru menggunakan set induksi. Kemahiran aras tinggi merangkumi aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Bilangan sampel adalah seramai 60 orang daripada pelajar Tingkatan 4. Seramai 30 orang pelajar sebagai kumpulan manipulasi dan 30 orang pelajar sebagai kumpulan kawalan. Pemilihan dibuat secara rawak. Soalan ujian pra dan pos digunakan. Soalan terdiri daripada 15 item iaitu berbentuk objektif dan pilihan jawapan berbentuk A, B, C dan D. Data dikumpul dan dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan min dan sisihan piawai. Ujian-t digunakan untuk melihat sama ada terdapat keberkesanan penggunaan set induksi terhadap pencapaian pelajar pada kemahiran berfikir aras tinggi. Hasil kajian mendapati kumpulan manipulasi menunjukkan hasil pencapaian yang lebih baik dengan min skor 65.97 berbanding min skor kumpulan kawalan 56.23. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar pada kemahiran berfikir aras tinggi yang diajar menggunakan set induksi pada aras p<0.05. Hipotesis nul ditolak. Kesimpulannya terdapat keberkesanan penggunaan set induksi pada kemahiran berfikir aras tinggi dalam topik Cell Division bagi kajian ini sahaja.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1272

Actions (login required)

View Item View Item