Membina B-ramp Untuk Sukan Boccia Kategori Bc 3

Mohd Yusof, Mohd Samsulnahar and Mohd Amin, Nor Fadila (2010) Membina B-ramp Untuk Sukan Boccia Kategori Bc 3. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi membina ramp yang digunakan untuk sukan Boccia kategori BC 3 yang dikenali sebagai B-Ramp. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pemain, mengenalpasti ciri-ciri ramp yang dapat membantu pemain dan membina B-Ramp untuk kegunaan pemain Boccia kategori BC 3 Sekolah Kanak-Kanak Spastik Johor Bahru. Hasil kajian menunjukkan ramp sedia ada tidak stabil, pendek, berat dan saiz ramp yang terlalu lebar. Ciri-ciri ramp yang baik haruslah mempunyai ketahanan yang sesuai, bahagian gelangsar dan tiang penyokong boleh dipisahkan, mempunyai tiang penyokong, gelangsar tambahan dan lining. B-Ramp dihasilkan dengan menggunakan bahan gentian kaca jenis chopped strand mat manakala tiang B-Ramp pula dihasilkan daripada keluli lembut. B-Ramp yang dihasilkan mampu untuk menggolekkan bola dengan lebih jauh, gelangsar yang dihasilkan ringan, tahan lasak dan tidak mudah pecah, mempunyai tiang penyokong yang boleh dilaraskan dan tiang penyokong boleh dipisahkan antara satu sama lain untuk memudahkan proses penyimpanan dan pengangkutan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09582
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12683

Actions (login required)

View Item View Item