Analisis Perlawanan Bola Tampar Wanita Di Antara Pasukan Universiti Malaysia Dan Pasukan Universiti Thailand

Wong, Sin Yin and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2010) Analisis Perlawanan Bola Tampar Wanita Di Antara Pasukan Universiti Malaysia Dan Pasukan Universiti Thailand. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti faktor-faktor kemenangan pasukan bola tampar Universiti Thailand ke atas pasukan bola tampar Universiti Malaysia. Seramai dua belas orang pemain dari setiap pasukan bola tampar Universiti Malaysia dan pasukan bola tampar Universiti Thailand terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merangkumi tiga analisis utama iaitu analisis ciri-ciri fizikal pemain, analisis nisbah kerja berbanding rehat dan analisis perlawanan berdasarkan kemahiran-kemahiran yang menyumbang kepada perolehan mata semasa perlawanan bagi kedua-dua pasukan. Dapatan kajian mendapati ciri-ciri fizikal pemain Universiti Thailand (68.9 9.1kg, 174.9 6.4cm, SPmax ; 290.6 13.6cm dan BLmax ; 279.4 11.3cm) adalah lebih tinggi daripada pemain pasukan Universiti Malaysia (57.8 7.5kg; 170 3.9cm; SPmax 265.5 5.7cm dan BLmax 255.5 5.7cm). Analisis Independent-Samples T-Test menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam perbezaan berat badan (p<0.01); ketinggian (p<0.05); lompatan spiking maksimum (p<0.001) dan lompatan blocking maksimum (p<0.001) antara pemain Universiti Malaysia dengan pemain Universiti Thailand. Di samping itu, kajian turut mendapati bahawa perlawanan ini hanya berlangsung selama 54 minit dengan nisbah kerja berbanding rehat adalah 1 : 2.3. Dari segi analisis perlawanan, pasukan Universiti Thailand menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam serangan (SPwon 58%), diikuti dengan kesilapan pihak lawan (25%), servis (SV+ve 12%), blocking (BLwon 13%) dan reception (RC+ve 70.0%, RC-ve 20.0% dan RClost 10.0%). Bagi pasukan Universiti Malaysia, kebanyakan mata diperolehi melalui kesilapan pihak lawan (43%), diikuti dengan serangan (SPwon 14%), servis (SVwon 16% ), blocking (BLwon 2%) dan reception (RC+ve 22.0%, RC-ve 41.0% dan RClost 37.0%). Kesimpulannya, faktor yang menyumbang kepada kemenangan pasukan bola tampar Universiti Thailand adalah faktor fizikal pasukan Universiti Thailand yang lebih bagus, kemahiran serangan yang lebih baik, sangat bagus dalam melakukan reception dan memperolehi banyak mata menerusi kesilapan pihak lawan serta blocking lemah pihak lawan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09567
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12668

Actions (login required)

View Item View Item