Perbandingan Antara Implementasi Passive Heat Dan relaxation Terhadap Tindakbalas Tubuh Badan (tekanan Darah Dan Kadar Nadi)

Harme, Nurhanani Husna and Zainuddin, Zainal Abidin (2010) Perbandingan Antara Implementasi Passive Heat Dan relaxation Terhadap Tindakbalas Tubuh Badan (tekanan Darah Dan Kadar Nadi). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tekanan darah tinggi merupakan sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa dan rata-rata penghidap penyakit ini adalah individu yang kurang memperuntukkan masa untuk menjalani gaya hidup sihat seperti bersenam dan mengawal pemakanan. Namun begitu, penyakit ini boleh dikesan dan boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup dan rawatan. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji kesan implementasi passive heat dan relaxation yang berbentuk terapi menggunakan sauna dan aromaterapi terhadap penurunan tekanan darah dan kadar nadi. Seramai enam orang subjek wanita yang mempunyai tekanan darah yang tergolong dalam kumpulan prehypertension dan hypertension (Stage 1) dan tidak pernah mengambil sebarang ubat darah tinggi dipilih untuk menjalani terapi ini. Tiga jenis terapi yang dijalankan adalah T1 iaitu terapi sauna yang digabungkan bersama aromaterapi, T2 yang memfokuskan kepada terapi sauna, dan T3 yang hanya memfokuskan kepada aromaterapi. Setiap subjek hanya terlibat dalam satu jenis terapi sahaja yang ditentukan secara rawak mudah. Terapi yang dilakukan melibatkan enam set terapi, iaitu tiga kali seminggu selama dua minggu berturut-turut, selama 30 minit untuk setiap sesi terapi. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel 2007 dan juga Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0. Hasil kajian mendapati bahawa berlaku penurunan tekanan darah dan kadar nadi bagi ketiga-tiga jenis kumpulan terapi. T1 menunjukkan penurunan yang paling tinggi untuk ketiga-tiga parameter yang diukur, diikuti dengan T3 dan seterusnya T2. Walau bagaimanapun, hanya satu parameter yang menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik. Hasil analisis ujian One-Way ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan terapi bagi tekanan sistolik dengan pada aras keertian p 0.05. Tiada perbezaan yang signifikan direkodkan bagi kadar nadi dan tekanan diastolik. Kesimpulannya, sauna dan aromaterapi boleh digunakan sebagai rawatan alternatif untuk mengawal tekanan darah dan kadar nadi bagi individu yang mempunyai tekanan darah di peringkat prehypertension dan hypertension (Stage 1). Walau bagaimanapun aspek keperluan gaya hidup sihat seperti pengambilan diet seimbang, amalan cara hidup yang aktif dan melakukan aktiviti fizikal dan senaman masih perlu diamalkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09566
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12667

Actions (login required)

View Item View Item