Kecederaan Melecet Dan Prestasi Atlit Memanah dalam Empat Fasa Kecederaan Dan Pemulihan

Mazlan, Adjah Naqkiah and Harun, Hafizah (2010) Kecederaan Melecet Dan Prestasi Atlit Memanah dalam Empat Fasa Kecederaan Dan Pemulihan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menganalisa prestasi skor markah bagi sembilan orang atlit memanah UTM (2009/2010). Prestasi atlit dinilai setelah kecederaan melecet berair berlaku pada jari interphalangeal pertama dan ketiga menerusi empat fasa sela masa; a) semasa melecet berlaku, b) 48 jam selepas kecederaan berlaku, c) 72 jam selepas kecederaan berlaku, d) 96 jam selepas kecederaan berlaku. Subjek menggunakan recurve bow dimana mereka dibahagikan kepada dua kumpulan; lima orang subjek bagi kumpulan eksperimental dan empat orang subjek bagi kumpulan kawalan. Data diambil dan dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Hasil kajian menunjukkan skor markah subjek menurun ketika kecederaan melecet berair berlaku (-11.76%). Walau bagaimanapun, skor markah subjek meningkat sebanyak 10%, 10.37% dan 15.19% selepas pemulihan bagi 48 jam, 72 jam dan 96 jam. Ketika 96 jam, skor markah menunjukkan peningkatan yang paling tinggi bagi proses pemulihan. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa keputusan yang diperolehi ini boleh memberi implikasi kepada kesan latihan spesifik memanah iaitu dua hari latihan intensif, dua hari rehat secara pasif dan tiga hari rehat secara aktif sebelum pertandingan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09565
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12666

Actions (login required)

View Item View Item