Mengenalpasti Jenis - Jenis Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Muay Thai

Che Soh, Mohd Yusrizal and Ibrahim, Halijah (2010) Mengenalpasti Jenis - Jenis Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Muay Thai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Muay Thai merupakan sukan seni mempertahankan diri yang popular di Negara Malaysia khasnya di Negeri Kelantan dan Kedah. Namun sukan ini kurang mendapat perhatian dari segi penyelidikan memandangkan ia kurang berkembang di negara-negara lain. Sehubungan itu, penyelidik ingin menjalankan kajian terhadap sukan ini untuk mengenalpasti jenis-jenis kecederaan yang merangkumi bahagian, sebab dan tahap kecederaan dialami oleh atlet Muay Thai yang menyertai Pertandingan Boksing Negeri Kelantan 2010. Kaedah soal selidik digunakan yang merangkumi butiran peribadi atlet, maklumat sukan yang diceburi dan maklumat kecederaan. Seramai 40 orang atlet Muay Thai yang mewakili kelab masing masing yang berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 32 tahun telah dipilih menjadi sampel. Data-data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2003. Keputusan menunjukkan jenis kecederaan yang paling tinggi adalah bengkak tibialis (100%), dan penyebab kecederaan utama adalah kelalaian semasa pertandingan (66%). Hasil dapatan ini dapat memberi gambaran kepada jurulatih dan juga atlet itu sendiri mengenai kecederaan yang sering dialami, seterusnya dapat pengubahsuaian latihan, teknik-teknik dan cara untuk mengelak dan mengawal kecederaan daripada berlaku.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09564
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12665

Actions (login required)

View Item View Item