Perbandingan Tahap Kebimbangan Atlet Bola Jaring Mengikut Posisi Sebelum Perlawanan Akhir Di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kebangsaan 2009

Saiful Bahari, Saidatul Erni and Mohd Nor, Mohad Anizu (2010) Perbandingan Tahap Kebimbangan Atlet Bola Jaring Mengikut Posisi Sebelum Perlawanan Akhir Di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kebangsaan 2009. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kebimbangan merupakan satu perasaan yang subjektif hingga membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya dan ianya terbahagi kepada dua iaitu kebimbangan stet dan kebimbangan tret. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbandingan tahap kebimbangan seketika atlet bola jaring mengikut posisi sebelum perlawanan akhir di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kebangsaan 2009. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui perbezaan tahap kebimbangan seketika atlet bola jaring dari aspek kognitif, somatik dan keyakinan diri. Soal selidik CSAI-2 (Competitive State Anxiety Inventory) telah digunakan dalam kajian ini. Sampel yang dipilih terdiri daripada dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir iaitu seramai 20 orang dalam lingkungan umur 14 28 tahun di mana 75% pernah mewakili negara dan 35% mewakili negeri . Soal selidik diedarkan satu jam sebelum perlawanan dan dapatan kajian yang diperolehi dibuat penganalisaan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 13). Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan bagi setiap posisi kerana nilai signifikan kurang dari 0.05. Kesimpulannya setiap posisi mempunyai tahap kebimbangan yang berbeza kerana tugas dan peranan bagi setiap posisi adalah berbeza.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09563
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:22
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12664

Actions (login required)

View Item View Item