Modul Pengajaran Kendiri (mpk) Bagi Tajuk Konsep elektrolisis Tingkatan Empat Kbsm Berasaskan strategi Pembelajaran Masteri

Lee, Mee Ching and Idris, Abdul Razak (2010) Modul Pengajaran Kendiri (mpk) Bagi Tajuk Konsep elektrolisis Tingkatan Empat Kbsm Berasaskan strategi Pembelajaran Masteri. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah pakej pembelajaran kendiri yang direka bentuk dengan teratur dan sistematik. Justeru itu, sebuah modul pengajaran kendiri (MPK) yang bertajuk Konsep Elektrolisis Tingkatan Empat KBSM telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana ia berasaskan strategi pembelajaran masteri dan berpandukan Model Teras Cabang Shaharom. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi modul ini. Modul ini mengandungi dua submodul iaitu Electrolysis of Molten Compounds dan Electrolysis of Aqueous Compounds. Penilaian formatif telah dijalankan oleh tiga orang guru pakar isi kandungan yang berpengalaman dalam subjek kimia dengan satu draf modul dan senarai semak tentang kualiti MPK. Dalam penilaian ini, guru pakar menilai reka bentuk maklumat, isi kandungan, reka bentuk persembahan, warna, strategi pembelajaran, sifat mesra pengguna serta unsur motivasi yang diaplikasikan dalam MPK. Daripada penilaian tersebut, terdapat beberapa aspek yang telah diperbaiki bagi menghasilkan modul yang berkualiti. Diharapkan MPK ini dapat membantu pelajar menjadikan pembelajaran Konsep Elektrolisis sebagai salah satu tajuk yang mudah dikuasai dalam subjek kimia

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09546
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12647

Actions (login required)

View Item View Item