Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar

Azimah, Ahmad and Shakinaz, Desa (2007) Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar. Faktor-faktor utama yang disenaraikan ialah faktor keturunan atau genetik, amalan pemakanan, aktiviti fizikal, pengaruh persekitaran dan pengaruh televisyen. Borang soal selidik telah dibina berdasarkan kelima-lima faktor ini. Soalan soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B yang mempunyai 30 soalan, 6 soalan bagi setiap faktor. Kebolehpercayaan soalan soal selidik ini telah diuji menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) dan nilai alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.815. Semua soalan ini kemudian diberikan kepada 40 orang responden yang mengalami masalah obesiti yang dipilih dari sebuah sekolah luar bandar di Pahang. Semua data yang dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan nilai min, mod dan median untuk mengenalpasti apakah faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar luar bandar. Hasil daripada analisis data yang diperolehi, didapati faktor pengaruh televisyen memberi nilai min paling tinggi iaitu sebanyak 2.150 berbanding faktor lain, aktiviti fizikal 2.025, amalan pemakanan 1.625, pengaruh persekitaran 1.550 dan keturunan 1.2. Kesimpulannya, faktor pengaruh televisyen merupakan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1261

Actions (login required)

View Item View Item