Kesan Histologi Akibat Pengambilan Warfarin Pada Mencit (mus Musculus)

Asyraf, Ahmad and Haniza Hanim, Mohd Zain (2010) Kesan Histologi Akibat Pengambilan Warfarin Pada Mencit (mus Musculus). ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan Warfarin terhadap histologi hati, ginjal dan usus kecil mencit (Mus musculus) ekoran Warfarin sering digunakan sebagai ubat antikoagulan bagi pesakit jantung dan strok. Penggunaan Warfarin dikhuatiri mampu memberikan kesan kepada organ-organ ini sekiranya diambil dalam jangka masa panjang. Dalam kajian ini, mencit diberikan dos-dos Warfarin tertentu sebelum kajian histologi dijalankan pada organ-organ dalamannya seperti hati, ginjal dan usus kecil. Dos maut 50, LD50 bagi Warfarin dan perubahan berat dan saiz hati direkodkan sepanjang proses ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa Warfarin mampu menyebabkan pendarahan pada sinusoid dan pembengkakan pada hati. Hati didapati melakukan mitosis dengan banyaknya apabila diberikan dos Warfarin yang tinggi. Warfarin juga mampu menyebabkan pembengkakan pada glomerulus di ginjal serta mengakibatkan usus kecil merembeskan mukus. Selain itu, LD50 yang berjaya direkodkan ialah sebanyak 2.0 mg/kg berat badan. Berat dan saiz hati juga didapati semakin bertambah berbanding normal apabila dos Warfarin yang diberikan meningkat. Hasil kajian ini membuktikan bahawa Warfarin sememangnya mampu memberikan kesan sampingan kepada para penggunanya apabila diambil dalam jangka masa panjang.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1260

Actions (login required)

View Item View Item