Ict Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran: Keperluan, Tahap kemahiran Dan Sokongan Kepada Pelajar Kejuruteraan Utm skudai

Hassim, Nurhashimah and Idris, Abdul Razak (2010) Ict Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran: Keperluan, Tahap kemahiran Dan Sokongan Kepada Pelajar Kejuruteraan Utm skudai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti keperluan ICT pelajar dalam P&P untuk meneruskan pengajian (Bahagian B), mengenalpasti tahap kemahiran ICT pelajar terhadap keperluan ICT pelajar (Bahagian C), dan mengenalpasti kemudahan ICT dalam menyokong keperluan ICT pelajar (Bahagian D). Responden kajian terdiri daripada pelajarpelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Pelajar-pelajar adalah dari empat fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrikal, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan jumlah keseluruhan seramai 366 orang pelajar. Penyelidik telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 65 item berbentuk soalan objektif sebagai alat kajian bagi mendapatkan data. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah = 0.8425 bagi Bahagian B, = 0.8606 bagi Bahagian C, dan = 0.8367 bagi Bahagian D. Data yang telah dikumpul dianalisis secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min serta dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian mendapati pelajar-pelajar memerlukan keperluan ICT yang disenaraikan iaitu internet, portal universiti, email, rangkaian sosial, dan komputer. Selain itu, pelajar-pelajar didapati berkemahiran tinggi dalam ICT serta berpuashati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09491
Subjects: Educational Technology > Computer Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12592

Actions (login required)

View Item View Item