Kesan Senaman Terhadap Kadar Hembusan Maksimum (peak Expiratory Flow) Pelajar Lelaki Yang Merokok Di Universiti Teknologi Malaysia (utm), Johor.

Mashhor, Noor Maslydia and Harun, Hafizah (2010) Kesan Senaman Terhadap Kadar Hembusan Maksimum (peak Expiratory Flow) Pelajar Lelaki Yang Merokok Di Universiti Teknologi Malaysia (utm), Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Senaman memberi kesan yang positif terhadap tahap kecergasan tubuh badan termasuk kepada sistem respirasi. Kajian ini melihat pada kadar hembusan maksimum paru-paru (PEF) untuk mengkaji pengaruh rokok terhadap kadar hembusan perokok lelaki di UTM. Kajian ini dijalankan di UTM dimana 8 orang pelajar lelaki yang merokok dan sederhana aktif dari segi kecergasan telah dipilih sebagai subjek kajian. Pemilihan subjek adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu berumur antara 21 tahun hingga 23 tahun, sihat tubuh badan, tidak menghadapi sebarang penyakit terutama asma, dan mempunyai pengalaman merokok lebih dari 5 tahun. Dalam kajian ini, subjek diminta untuk menjalani aktiviti senaman terancang selama 30 minit sebanyak 3 kali seminggu dan berterusan selama 4 minggu. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2007. Daripada data menunjukkan graf peningkatan kadar PEF golongan perokok yang bersenam. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kapasiti paru-paru golongan perokok juga meningkat selepas beberapa minggu bersenam kerana kadar PEF mempengaruhi nilai kapasiti paru-paru. Malah nilai PEF golongan perokok selepas menjalani aktiviti senaman tersebut menghampiri nilai PEF golongan yang tidak pernah merokok. Kesimpulannya, senaman dapat meningkatkan nilai PEF golongan perokok walaupun tabiat rokok masih diamalkan. Namun, kajian ini boleh ditingkatkan dengan melihat kesan senaman terhadap psikologi perokok samada bilangan pengambilan rokok berkurangan atau tidak selepas aktiviti senaman.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09438
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12539

Actions (login required)

View Item View Item