Ciri-ciri Penyeliaan Projek Sarjana Muda Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Che Nudin, Che Siti Noridayu and Ismail, Sarimah (2010) Ciri-ciri Penyeliaan Projek Sarjana Muda Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri penyeliaan Projek Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM. Seramai 362 orang pelajar Fakulti Pendidikan telah terlibat sebagai responden kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Pemboleh ubah yang dikaji adalah penggunaan masa penyeliaan, bimbingan penulisan kajian pendidikan dan pendekatan penyeliaan yang digunakan oleh penyelia. Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) bagi item kajian ialah 0.949. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS versi 15.0) untuk mencari nilai kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan penyeliaan oleh penyelia bagi Projek Sarjana Muda terhadap pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor adalah baik bagi semua pemboleh ubah yang dikaji. Pada keseluruhannya, penyelia-penyelia Projek Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mempunyai ciri-ciri yang baik. Ini ditunjukkan melalui nilai purata min yang berada pada tahap tinggi iaitu 3.75. Pemboleh ubah bimbingan penulisan kajian pendidikan mendapat nilai skor min paling tinggi iaitu 4.02. Pemboleh ubah bagi pendekatan yang digunakan dalam penyeliaan Projek Sarjana Muda pula adalah yang terendah dengan purata nilai minnya 3.49. Nilai min bagi penggunaan masa penyeliaan oleh penyelia ialah 3.76

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09429
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12530

Actions (login required)

View Item View Item