Perbandingan Tahap Intensiti Pengadilan Semasa Perlawanan Bola Sepak Mengikut Kategori Pengadil junior Dan Senior

Muniandy, Kaviarasu and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2010) Perbandingan Tahap Intensiti Pengadilan Semasa Perlawanan Bola Sepak Mengikut Kategori Pengadil junior Dan Senior. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan tahap intensiti pengadilan semasa perlawanan bola sepak di antara Pengadil Junior (P-jr) dan Pengadil Senior (P-sr). Setiap kategori pengadil terdiri daripada Pengadil Tengah (PT), Pembantu Pengadil I (PP1) dan Pembantu Pengadil II (PP2). Seramai enam orang pengadil yang berkelayakan Kelas III FAM terlibat di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 2 fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II). Pada Fasa I, subjek-subjek dikehendaki berlari di atas treadmill sehingga mencapai tahap keletihan maksimum untuk mendapatkan kadar nadi maksimum (HRmax). Pada Fasa II, subjek-subjek dikehendaki mengadili dua perlawanan simulasi yang masing-masing berlangsung selama 60 minit (30 minit bagi setiap separuh masa). Dapatan Ujian Makmal mencatatkan min HRmax bagi PT-jr ialah 188 dpm, manakala PP1-jr dan PP2-jr masing-masing mencatatkan 187 dpm dan 198 dpm. Bagi Pengadil Senior pula, HRmax PT-sr, PP1-sr dan PP2-sr masing-masing direkodkan 162 dpm, 183 dpm dan 173 dpm. Hasil Analisis Perlawanan Simulasi, PT-jr mencatatkan intensiti perlawanan sebanyak 84.3%, manakala PT-sr pula mencatatkan intensiti perlawanan sebanyak 78.6%. Bagi Pembantu Pengadil pula PP-sr dan PP-jr masing-masing mencatatkan intensiti perlawanan sebanyak 60.6% dan 64.8%. Hasil analisis ujian-t tidak bersandar mendapati terdapat perbezaan intensiti pengadilan yang signifikan berdasarkan perubahan tindak balas kadar nadi di antara PT-sr dan PT-jr (P<0.05). Keputusan yang sama diperolehi bagi pembantu pengadil. Kesimpulannya, kajian ini mendapati terdapat perbezaan intensiti pengadilan yang signifikan berdasarkan perubahan tindak balas kadar nadi di antara Kategori Pengadil Senior (P-sr) dan Kategori Pengadil Junior (P-jr).

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09425
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12526

Actions (login required)

View Item View Item