Kepantasan Dan Kejituan Kiraan Matematik Bagi Kanak-kanak Selepas Mempelajari Abakus Aritmetik Mental Di Daerah Kulai

Wong, Lai Peng and Sidin, Zaitun (2007) Kepantasan Dan Kejituan Kiraan Matematik Bagi Kanak-kanak Selepas Mempelajari Abakus Aritmetik Mental Di Daerah Kulai. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat sejauh manakah kepantasan dan kejituan pengiraan matematik kanak-kanak sebelum mempelajari Abakus Aritmetik Mental dan selepas mempelajarinya. Kajian ini melibatkan 15 orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 hingga 9 tahun di sebuah akademi swasta di daerah Kulai. Mereka diberikan kursus Abakus Aritmetik Mental selama 6 bulan bersamaan 48 jam. Instrumen yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos terdiri daripada 100 soalan campur tolak matematik. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Keputusan kajian menunjukkan kanak-kanak dapat mengira dengan lebih pantas dan jitu selepas mempelajari Abakus Aritmetik Mental. Min skor bagi kanak-kanak selepas mempelajari Abakus Aritmetik Mental adalah lebih tinggi(Min skor ujian pos = 56.2) dari min skor kanak-kanak sebelum mempelajari Abakus Aritmetik Mental. Min skor ujian pra = 30.93). Dari data yang dianalisis, didapati kanak-kanak berkebolehan mengira dua kali ganda lebih pantas selepas mempelajari Abakus Aritmetik Mental. Kenyataan ini terbukti dengan min kepantasan pengiraan ujian pos 8.57 saat per soalan dan min kepantasan pengiraan ujian pra 19.58 saat per soalan. Kejituan pengiraan kanak-kanak juga menunjukkan peningkatan selepas mempelajari Abakus Aritmetik Mental, ini terbukti melalui peningkatan min peratusan kejituan sebanyak 23.49% dari 72.85% (ujian pra ) ke 96.34% (ujian pos).

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09380
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12482

Actions (login required)

View Item View Item