Kesan Latihan Fizikal Terhadap Kecergasan Fizikal Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

Esnawi, Muzarpar and Sihes, Ahmad Johari (2009) Kesan Latihan Fizikal Terhadap Kecergasan Fizikal Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengukur tahap Kecergasan Fizikal berasaskan kesihatan bagi pelajaar Program Ijazah Sajana Muda Pendidikan di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Pengukuran dilakukan berdasarkan lima komponen Kecergasan Fizikal iaitu Komposisi badan/kandungan lemak, Daya tahan kardiovaskular, Fleksibiliti, Kekuatan otot dan Daya tahan otot . Ujian dijalankan menggunakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ( UKJK ) meliputi Ujian Komposisi Tubuh Badan, Bangkit Tubi Variasi, Lari Ulang Alik 10m, Tekan Tubi Tanpa Henti, Lompat Jauh Berdiri, Duduk Lunjur dan Jangkau dan Larian 2.4km. Seramai 57 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda pendidikan lelaki dan perempuan menjadi telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Kajian ini berbentuk eksperimental dimana ujian pra dan pasca dijalankan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dianalisis secara deskriptif melalui ukuran peratusan, frekuensi dan min. Analisis juga dibuat berdasarkan ketujuh-tujuh komponen kecergasan yang diuji. Purata min keseluruhan bagi ujian Pra 3.35 manakala purata min keseluruhan bagi ujian Pasca ialah 3.87. Ini mencatatkan perbezaan min sebanyak 0.32 Ujian Komposisi Tubuh Badan pula mencatatkan min 4.02 bagi ujian Pra dan 4.30 bagi ujian Pasca. Perbezaan sebanyak 0.28. Bangkit Tubi Variasi tidak menunjukkan sebarang perbezaan min 3.61 bagi ujian Pra dan Pascanya. Lari Ulang Alik menampakkan peningkatan sebanyak 0.18 (Peningkatan sebanyak 3.6%) dengan min Ujian Pasca 4.32 dan min ujian Pra 4.14.Tekan Tubi Tanpa Henti mencatatkan min Pra ujian 4.54 dan min Pasca ujian 4.89 dengan perbezaan 0.35.Bagi ujian Pra komponen Lompat Jauh Berdiri min 2.18 dicatatkan. Min bagi ujian Pasca pula 2.56. Perbezaan antara kedua-dua ialah 0.38. Larian 2.4km mencatatkan pencapaian yang rendah bagi kedua-dua min ujian Pra dan ujian Pasca. Min 2.00 pada ujian Pra dan 2.40 bagi ujian Pasca menunjukkan peningkatan min sebanyak 0.4

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09377
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12479

Actions (login required)

View Item View Item