Penilaian Berasaskan Sekolah (pbs) Dalam Kerja Kursus Geografi (kkg) Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar.

Kasman, Mazni and Idris, Abdul Razak (2009) Penilaian Berasaskan Sekolah (pbs) Dalam Kerja Kursus Geografi (kkg) Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Kerja Kursus merupakan salah satu cabang pendekatan yang mula digunakan secara meluas untuk menilai pelajar dan dilihat sebagai salah satu cara bagi merubah sistem pendidikan Malaysia yang berorentasikan peperiksaan. Kajian ini memilih Kerja Kursus Geografi (KKG) sebagai elemen dalam PBS. Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu meninjau persepsi guru terhadap kesediaan pelajar dalam pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Kerja Kursus Geografi (KKG), mengkaji kesediaan pelajar untuk melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG) berdasarkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan menilai keberkesanan Penilaian Berasaskan Sekolah dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dalam ujian. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 3 orang guru dan 32 orang pelajar di sebuah sekolah dalam daerah Batu Pahat. Kaedah kajian melibatkan kajian secara kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian ini adalah temu bual, soal selidik dan ujian pra serta pos. Data-data yang dikumpul, dianalisis menggunakan SPSS version 14.0 yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan analisis ujian t. Dapatan kajian menunjukkan guru memberikan persepsi bahawa pelajar tingkatan 1 lebih bersedia melaksanakan KKG dalam PBS dengan adanya bantuan dan bimbingan daripada guru. Manakala dapatan kajian tentang kesediaan pelajar untuk melaksanakan KKG berdasarkan PBS adalah pada tahap tinggi (purata skor min = 3.82) dan analisis ujian t mendapati terdapat perbezaan markah dalam ujian yang menunjukkan peningkatan dalam pencapaian pelajar

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09368
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12470

Actions (login required)

View Item View Item