Pemencilan Dan Pengecaman Bakteria Dalam Sampel Minuman Yang Dijual Oleh Peniaga Di Sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Upsi, Tanjung Malim

Hamidaton Salihah, Abdul Rahman and Hamzah, Abdul Aziz (2010) Pemencilan Dan Pengecaman Bakteria Dalam Sampel Minuman Yang Dijual Oleh Peniaga Di Sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Upsi, Tanjung Malim. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Tahap kualiti dan keselamatan minuman yang dijual perlu dititik beratkan oleh setiap peniaga. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kebersihan minuman yang dijual oleh peniaga-peniaga di sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI, Tanjung Malim dan mengenal pasti jenis bakteria koliform yang terdapat dalam sampel minuman yang dijual oleh mereka. Sampel yang digunakan ialah air minuman yang dijual oleh peniaga di sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI, Tanjung Malim. Sebanyak 5 gerai-gerai yang menjual minuman dipilih secara rawak dan 3 sampel minuman diambil bagi setiap tempat yang menjual minuman tersebut. Instrumen kajian yang digunakan ialah peralatan makmal dan medium agar iaitu agar Eosin Metilena Biru, agar MacConkey dan agar Garam Mannitol. Pemencilan dan pengecaman bakteria daripada sampel-sampel minuman dijalankan dalam kajian ini. Kaedah ‘Standard Plate Count’ (Rand et al.,1976) dan ‘Aerobic Plate Count’ (APC) digunakan untuk menentukan bilangan koloni bakteria.koliform Pewarnaan Gram dilakukan untuk membuat pengecaman morfologi bakteria koliform dan Manual Bergey digunakan untuk mengenal pasti jenis bakteria. Tahap kebersihan minuman dikenal pasti dengan membandingkan bilangan koloni bakteria koliform daripada sampel dengan standard ‘Environmental Protection Agency’ (EPA, USA). Dapatan kajian mendapati bahawa banyak sampel-sampel minuman yang dijual mempunyai koloni bakteria koliform yang melebihi standard EPA (USA). Antara genus bakteria yang ditemui dalam sampel- sampel minuman yang dijual oleh peniaga ialah Escherichia, Klesiella, Staphylococcus, Micrococcus dan Bacillus. Kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa terdapat peniaga-peniaga tidak mengambil berat tentang kebersihan semasa menyediakan minuman untuk dijual kepada pelanggan.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1246

Actions (login required)

View Item View Item