Stres Kerja Dalam Kalangan Guru Akademik sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, segamat, Johor

Sapari, Mohd Najib and Abd Ghani, Faizah (2009) Stres Kerja Dalam Kalangan Guru Akademik sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, segamat, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca utama dan tahap stres dalam kalangan guru-guru akademik Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, Segamat, Johor. Faktor stres kerja yang dikaji ialah faktor salah laku pelajar, bebanan tugas, kekangan masa dan sumber, keperluan penghargaan serta hubungan interpersonal. Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi berdasarkan kepada Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995). Sebanyak 60 responden telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan persampelan purposif. Soal selidik Teacher Stress Inventory yang digunakan oleh Boyle et al. (1995) dan telah diubahsuai oleh Mokhtar (1998) serta Mazlan (2002) digunakan bagi mendapatkan maklumat demografi serta tahap stres kerja responden. Nilai Cronbach Alpha bagi soal selidik ini ialah 0.93. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 17.0. Dapatan keseluruhan kajian mendapati bahawa tahap stres kerja dalam kalangan responden berada pada tahap sederhana (min = 141.733). Analisis deskriptif menunjukkan bahawa faktor utama stres kerja responden adalah bebanan tugas (min = 35.067), diikuti oleh salah laku pelajar (min = 32.650), kekangan masa dan sumber (min = 31.300), hubungan interpersonal (min = 25.783) serta keperluan penghargaan (min = 16.933). Analisis inferensi korelasi Pearson r menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap stres dengan faktor bebanan tugas, kekangan masa dan sumber, keperluan penghargaan serta hubungan interpersonal manakala bagi faktor salah laku pelajar pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan tahap stres dalam kalangan responden.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09321
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12423

Actions (login required)

View Item View Item