Keberkesanan Penggunaan Strategi Predict-observeexplain ke Atas Kerangka Alternatif Pelajar Dalam tajuk Daya Apung

Wong, Teck Kim and Sulaiman, Seth (2009) Keberkesanan Penggunaan Strategi Predict-observeexplain ke Atas Kerangka Alternatif Pelajar Dalam tajuk Daya Apung. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Fasa I dan Fasa II. Fasa I merangkumi kajian meninjau tahap kerangka alternatif dalam tajuk daya apung di kalangan semua pelajar aliran sains tingkatan lima (n=212) di salah sebuah sekolah menengah harian daerah Johor Bahru, Johor dengan menggunakan Ujian Konsep Daya Apung (UKDA). Di samping itu, Fasa I juga melibatkan kajian mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kerangka alternatif merentas jantina. 15 orang pelajar yang mempunyai kesalahfahaman konsep yang tinggi dalam Fasa I dipilih sebagai sampel dalam Fasa II. Fasa II dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi Predict-Observe-Explain (POE) dalam mengubah kerangka alternatif kepada konsep saintifik. Di samping itu, kajian Fasa II juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan strategi POE dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam Fasa II, 15 orang responden (n=15) didedahkan dengan strategi POE dengan menggunakan modul POE yang dibina. Dua minggu selepas itu, ujian pos ditadbir dengan menggunakan alat kajian yang sama iaitu UKDA. Sampel juga diminta menjawab soal selidik (SSPP) dan ditemu bual untuk membolehkan penyelidik mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan strategi POE dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Analisis yang digunakan termasuklah kekerapan, min, peratusan, sisihan lazim dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kerangka alternatif pelajar dalam tajuk daya apung adalah pada tahap sederhana sahaja. Didapati tidak wujud perbezaan yang signifikan bagi tahap kerangka alternatif di kalangan pelajar perempuan dan lelaki. Strategi POE yang digunakan dalam kajian berkesan untuk mengubah kerangka alternatif responden dalam tajuk daya apung. Pelajar juga minat dan bersikap positif terhadap penggunaan strategi ini dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09265
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:20
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12368

Actions (login required)

View Item View Item