Persepsi Pelajar Dalam Menilai Pensyarah Melalui Sistem Penilaian Pengajaran pensyarah (e-ppp).

Hasenan, Siti Aisyah and Idris, Abdul Razak (2009) Persepsi Pelajar Dalam Menilai Pensyarah Melalui Sistem Penilaian Pengajaran pensyarah (e-ppp). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar dalam menilai pensyarah melalui Sistem e-PPP. Seramai 208 orang pelajara tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM yang terdiri daripada empat belas program di dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi 40 soalan. Nilai Cronbach yang diperolehi ialah 0.816. Borang soal selidik ini merangkumi dua kategori faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman terdiri daripada faktor konsep kendiri pelajar, kepercayaan pelajar, senioriti pelajar dan keakuran pelajar. Manakala faktor luaran pula terdiri daripada faktor senioriti pensyarah, personaliti pensyarah, populariti pensyarah, hubungan interpersonal, gaya pertautan pensyarah dan persekitaran sosial. Statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratusan digunakan dalam analisis data kajian ini. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap kepentingan penilaian pensyarah melalui Sistem e-PPP di kalangan pelajar adalah tinggi dan memuaskan iaitu 72.88% dengan nilai min 3.5173. Hasil kajian juga menunjukkan gaya pertautan pensyarah merupakan faktor yang paling mempengaruhi pelajar dan popularity pensyarah pula adalah faktor yang paling kurang mempengaruhi pelajar dalam menilai pensyarah melalui Sistem e-PPP.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09208
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:20
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12313

Actions (login required)

View Item View Item