Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Modul Permainan Bagi Topik Enzim Dalam Subjek Biologi

Roslita, Ab Rahman and Norhayati, Daud (2008) Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Modul Permainan Bagi Topik Enzim Dalam Subjek Biologi. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan pencapaian keatas penggunaan modul permainan dalam pengajaran topik enzim di kalangan pelajar tingkatan 4 dan mengenalpasti persepsi penggunaan modul permainan dalam pengajaran topik enzim di kalangan pelajar tingkatan 4. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar diajar menggunakan kaedah konvensional dan modul permainan bagi mekanisme tindakbalas enzim.Bilangan sample adalah seramai 60 orang daripada pelajar tingkatan 4 sains. Pemilihan sampel dibuat secara rawak berkelompok. Kajian ini menggunakan soalan ujian untuk mendapatkan data dan soalan soal selidik mengenai penggunaan modul. Soalan ujian mengandungi 20 soalan objektif manakala soal selidik mempunyai 10 item. Semua data yang dikumpul, dianalisis untuk mendapatkan min, sisihan piawai dan peratus bagi menjawab persoalan kajian. Ujian-t juga digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar diajar menggunakan kaedah konvensional dan modul permainan bagi mekanisme tindakbalas enzim. Hasil kajian didapati persepsi pelajar adalah positif terhadap penggunaan modul dalam pengajaran. Bagi ujian-t terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar diajar menggunakan kaedah konvensional dan modul permainan bagi mekanisme tindakbalas enzim pada aras p<0.05. Hipotesis alternatiftelah diterima. Kesimpulannya penggunaan modul permainan dapat meningkatkan pencapaian pelajar lebih baik berbanding kaedah konvensional.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1231

Actions (login required)

View Item View Item