Pembangunan Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid sekolah Malaysia (segak).

Abd Rahman, Ummi Natrah and Morazuki, Syahrul Ridhwan (2009) Pembangunan Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid sekolah Malaysia (segak). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Malaysia (SEGAK) merupakan satu sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan untuk menganalisis data dan norma ujian kecergasan fizikal pelajar sekolah yang berumur antara 10 hingga 17 tahun. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7 dan Microsoft Visual Basic 6. Manakala, pangkalan data dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Access 2003. Pembangunan perisian ini bertujuan membina pangkalan data bagi memudahkan guru dalam proses penganalisaan, penyimpanan dan pendokumentasian laporan data ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat lima item ujian dalam ujian SEGAK kecergasan berdasarkan komponen kesihatan. Norma bagi setiap ujian mempunyai skor iaitu lima, empat, tiga, dua dan satu, manakala, gred pencapaian keseluruhan ditetapkan mempunyai lima iaitu gred A, B, C, D dan E. Gred pencapaian keseluruhan diperolehi melalui nilai purata skor semua item ujian. Perisian ini mempunyai enam pautan utama iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, pendaftaran, skor ujian dan kredit pembangun. Hasil kajian mendapati perisian ini dapat membantu guru dalam proses penganalisaan, pengrekodan, penyimpanan serta laporan data ujian pelajar. Sistem juga berupaya membantu guru mengendalikan ujian dan mengenalpasti prestasi pelajar dengan pantas dan bersistematik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09164
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:20
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12269

Actions (login required)

View Item View Item