Persepsi Guru-guru Pendidikan Jasmani Terhadap Perlaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (segak) Di Sekitar Bandar Johor Bahru Dan Bandar Skudai.

Abd Hamid, Shafezan Hamidi and Zainuddin, Zainal Abidin (2009) Persepsi Guru-guru Pendidikan Jasmani Terhadap Perlaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (segak) Di Sekitar Bandar Johor Bahru Dan Bandar Skudai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti apakah isu utama dalam perlaksanaan ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Seramai 57 orang guru di sekitar Johor Bahru terlibat secara langsung sebagai responden dalam kajian ini dan diminta menjawab borang soal selidik yang dibekalkan oleh penyelidik. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) berdasarkan purata kekerapan dalam jawapan skala likert. Hasil dari kajian mendapati bahawa isu perlaksanaan merupakan isu utama dalam perjalanan Ujian SEGAK di sekolah berbanding dengan isu kefahaman serta isu masalah berkaitan. Antaranya adalah disebabkan dari guru yang kurang bersedia serta masalah bekalan kit alatan untuk melaksanakan Ujian SEGAK memandangkan ujian ini masih baru dilaksanakan di sekolah. Kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor perlaksanaan ujian ini di antara guru lelaki dan guru perempuan. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan supaya Ujian SEGAK ini perkukuhkan lagi dari aspek perlaksanaannya supaya ia lebih berkesan dijalankan pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 09073
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:19
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12178

Actions (login required)

View Item View Item