Proses Pengajaran Dan Penilaian Sains Di Sekolah-sekolah Rendah Negeri Melaka. Satu Tinjauan.

Md. Rodzi, Zuraimi and Arshad, Mohammad Yusof (2003) Proses Pengajaran Dan Penilaian Sains Di Sekolah-sekolah Rendah Negeri Melaka. Satu Tinjauan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan penilaian guru sains di sekolah rendah. Perbincangan difokuskan kepada aspek-aspek situasi masa kini amalan pengajaran dan penilaian yang dijalankan oleh guru sains. Kajian dijalankan ke atas guru-guru sains sekolah rendah di negeri Melaka. Seramai 98 orang guru sains di tiga daerah di seluruh negeri Melaka telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Data diperolehi melalui soalselidik yang telah dikemukakan kepada responden. Maklumat yang telah dikumpulkan ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Antara dapatan utama kajian ini ialah tahap penggunaan pelbagai kaedah pengajaran berada pada tahap sederhana. Bagi penilaian pula, penggunaan pelbagai kaedah penilaian juga pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan umum kepada pihak-pihak tertentu dan juga warga pendidikan yang berkaitan dengan matapelajaran sains.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02547
Subjects: Science Education > Science Education
Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12152

Actions (login required)

View Item View Item