Pengetahuan Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Di Sekitar Bandar Melaka Terhadap Penggunaan Internat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Mohamed Salleh, Noraziah and Bakar, Md Nor (2003) Pengetahuan Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Di Sekitar Bandar Melaka Terhadap Penggunaan Internat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengetahui penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal di empat buah sekolah menengah teknik di sekitar bandar Melaka. Kajian ini merangkumi aspek-aspek pengetahuan asas tentang internet, keyakinan terhadap internet, masalah-masalah dalam penggunaan internet dan cadangan-cadangan bagi mempertingkatkan penggunaannya. Soal selidik telah diedarkan kepada 40 responden untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Data yang diperolehi di proses dengan menggunakan perisian Statistical For The Sosial Science (SPSS). Kekerapan dan peratusan merupakan ukuran yang digunakan bagi mentafsirkan setiap dapatan. Hasil kajian mendapati responden mempunyai keinginan terhadap penggunaan internet walaupun mereka agak kurang pengetahuan tentang internet. Cadangan-cadangan juga disarankan sebagai alternatif untuk kajian akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02542
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12147

Actions (login required)

View Item View Item