Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kursus Aliran Vokasional : Satu Kajian Di Smt. Batu Pahat.

Mohd Idris, Zalina and Idris, Abdul Razak (2003) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dalam Pemilihan Kursus Aliran Vokasional : Satu Kajian Di Smt. Batu Pahat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini ingin mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap pemilihan kursus aliran vokasional. Faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini merangkumi minat, pengaruh ibu bapa dan keluarga, guru, rakan sebaya, faktor kerjaya dan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Seramai 161 orang responden dari Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Data-data yang diperoleh diproses dengan perisian SPSS 11(Statistical Packages For Social Science). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor mata pelajaran KHB merupakan faktor utama yang mendorong pelajar untuk mengikuti kursus aliran vokasional. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa faktor kerjaya, minat, peranan guru dan ibu bapa adalah sangat penting untuk merangsang pelajar dalam membuat pemilihan. Oleh itu pengkaji mencadangkan supaya ibu bapa dan pihak sekolah dapat menjalinkan hubungan yang erat dan sentiasa bekerjasama untuk merangsang minat pelajar dalam bidang kemahiran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02534
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12142

Actions (login required)

View Item View Item