Penilaian Penyelia Latihan Praktik Terhadap Kemahiran Asas Mengajar Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (pengajian Islam) Dalam Latihan Praktikal

Mahmud, Zainah and Wan Embong, Wan Hassan (2003) Penilaian Penyelia Latihan Praktik Terhadap Kemahiran Asas Mengajar Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (pengajian Islam) Dalam Latihan Praktikal. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai pandangan penyelia latihan praktik terhadap pelajar tahun 4 kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Pengajian Islam dalam latihan praktikal. Tinjauan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas tentang sikap guru-guru pelatih 4 SPI mengendalikan Bahan Bantu Mengajar, mengembangkan isi pelajaran dan berinteraksi dengan pelajar. Sampel adalah terdiri daripada 18 orang pensyarah dari Pusat Pengajian Islam dan Pengajian Sosial yang ditugaskan sebagai penyelia dalam latihan praktik. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen kajian. Pengkaji menggunakan perisian komputer " Statistical Package for Social Science 11.1 " untuk menganalisa dan mendapatkan jumlah kekerapan, peratus dan min data. Kebolehpercayaan soal selidik kajian ialah 0.9054. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih 4 SPI mempunyai sikap yang positif terhadap kemahiran asas yang dibincangkan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02530
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12138

Actions (login required)

View Item View Item