Students Perspective Of Learning Literecture Via Www A Case Study Of Four Form 4 Student Of Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Johor

Wong, Yee Fen and Wan Mansur, Wan Fara Adlina (2003) Students Perspective Of Learning Literecture Via Www A Case Study Of Four Form 4 Student Of Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Sejak sastera Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai salah satu mata pelajaran bukan elektif di semua peringkat sekolah menengah, kerisauan guru-guru berkaitan serta pelajar mulai timbul. Perubahan dan pengenalan yang mendadak ini menyebabkan ramai golongan guru tidak bersedia dari segi psikologi dan mental untuk menghadapi subjek yang mencabar ini. Tambahan pula, pembelajaran sastera adalah bertumpukan kepada pemahaman dan bukannya penghafalan. Maka, pembelajaran akan menjadi tidak bermakna jika pelajar dikehendaki menghafal semua teks yang dipelajari sama ada puisi, cerita pendek ataupun novel. Oleh itu, cadangan menggunakan Internet dalam pembelajaran sastera bahasa Inggeris mula diterokai. Namun, perkara yang mengelirukan adalah bukan semua jenis maklumat yang dipaparkan di halaman web pendidikan sesuai terutama dalam konteks satera. Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencari kriteria-kriteria yang melayakkan serta berpatutan untuk membantu pembelajaran sastera bahasa Inggeris. Kajian ini juga mengambil kesempatan untuk mendalami pendapat, komen serta cadangan daripada responden atau lebih dikenali dengan subjek mengenai laman web yang disediakan. Kajian ini menggunakan bantuan empat pelajar tingkatan empat sebagai subjek dan instrumen yang digunakan adalah soal selidik, helaian penilaian serta temu bual. Keputusan kajian menunjukkan bahawa subjek kurang berpuas hati dengan laman web sastera bahasa Inggeris. Antara sebab-sebab yang dikemukakan adalah ketidakpuasan terhadap warna yang digunakan, kekurangan aktiviti yang mencabar, serta kurang animasi. Justeru, cadangan untuk pengubahsuaian laman web telah diberi seperti menggunakan warna yang lebih menarik, menambah aktiviti yang mencabar, mengaplikasi permainan atau karton dalam aktiviti yang disediakan. Di akhir perbincangan tesis ini, batasan kajian serta cadangan untuk kajian akan datang telah dibincangkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02524
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12132

Actions (login required)

View Item View Item