Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab. Satu Kajian Ke Atas Pelajar Sek.men. Keb. Jalan Batu Pahat, Kluang, Johor

Ibrahim, Siti Raihan and Mohd Zin, Mahussain (2003) Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab. Satu Kajian Ke Atas Pelajar Sek.men. Keb. Jalan Batu Pahat, Kluang, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Objektif kajian ini adalah bertujuan mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab dan mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong sikap pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab seperti faktor ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua Rancangan Khas Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan batu Pahat, Kluang, Johor. Seramai 83 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data yang yang di perolehi dianalisis menggunakan perisian (SPSS) Statistical Package for Social Science untuk mencari kekerapan, peratus dan min. Dapatan yang diperolehi diukur melalui Skala Likert. Hasil dapatan kajian menunjukkan sikap pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab adalah positif. Faktor utama yang mempengaruhi sikap pelajar ialah guru. Pelajar juga memberi cadangan yang boleh membantu mereka menguasai bahasa Arab. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mempertingkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02503
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Linguistics Education > Arabic Language Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12111

Actions (login required)

View Item View Item