Faktor-faktor Yang Menyebabkan Konflik Remaja Dengan Ibubapa: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Muslim Tahun Satu, Kolej Tun Razak, Utm

Salleh, Salihah Hamadah and Rosman, Arief Salleh (2003) Faktor-faktor Yang Menyebabkan Konflik Remaja Dengan Ibubapa: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Muslim Tahun Satu, Kolej Tun Razak, Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi antara remaja dengan ibu bapa dan faktor-faktor yang menyebabkan konflik remaja dengan ibu bapa. Kajian ini melibatkan seramai 114 responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu, Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini tertumpu kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja dengan ibu bapa dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya konflik antara remaja dengan ibu bapa. Faktor-faktor tersebut ialah didikan agama, ekonomi, persekitaran dan komunikasi. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal-selidik. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik dan analisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 11.0 for windows untuk mendapatkan keputusan. Keputusan analisis mendapati faktor utama yang menyebabkan konflik antara ibu bapa dengan remaja ialah faktor komunikasi dan didikan agama. Penyelidik turut mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi konflik yang berlaku antara remaja dan ibu bapa.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02490
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12098

Actions (login required)

View Item View Item