Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan Kokurikulum Setelah Perlaksanaan Sistem Meritokrasi : Satu Tinjauan Di Sekolah Di Sungai Petani

Hijaz, Noriza and Idris, Abdul Razak (2003) Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan Kokurikulum Setelah Perlaksanaan Sistem Meritokrasi : Satu Tinjauan Di Sekolah Di Sungai Petani. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kokurikulum adalah kegiatan di luar bilik darjah yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran kurikulum. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah setelah perlaksanaan sistem meritokrasi. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini dijalankan ke atas 110 orang pelajar dari lima buah sekolah di Sungai Petani. Maklumat dari soal selidik telah diproses menggunakan SPSS 11.0 for windows. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru berada pada tahap yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum manakala penglibatan pelajar serta sokongan ibu bapa berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, walaupun sistem meritokrasi tidak mengambil kira markah kokurikulum sebagai syarat pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA, pelajar masih melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Ibu bapa dan guru tetap memberi sokongan dan melaksanakan aktiviti kokurikulum ini. Oleh itu hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02471
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12079

Actions (login required)

View Item View Item