Faktor-faktor Yang Boleh Mendorong Minat Membaca Di Kalangan Pelajar, S.m. Sultanah Engku Tun Aminah, Jb. Satu Tinjauan

Mansor, Kamariah and Buntat, Yahya (2003) Faktor-faktor Yang Boleh Mendorong Minat Membaca Di Kalangan Pelajar, S.m. Sultanah Engku Tun Aminah, Jb. Satu Tinjauan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Membaca adalah kunci utama dalam usaha mengembangkan pendidikan dan ilmu. Membaca juga adalah satu proses pemikiran dan sebagai latihan intelektual yang membolehkan manusia membuat analisa yang kritis. Usaha untuk meningkatkan minat membaca menjadi tanggungjawab semua pihak dari peringkat keluarga hinggalah ke peringkat pemimpin masyarakat. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mendorong minat membaca pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah. Perkara-perkara yang dikaji ialah jenis bahan bacaan, faktor persekitaran, aktiviti yang dijalankan di sekolah yang boleh mendorong minat membaca pelajar-pelajar serta halangan-halangan yang boleh menyekat pelajar membaca. Seramai 169 orang pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sample kajian. Data-data untuk kajian ini diperolehi melalui kertas soal selidik. Data-data yang diperolehi ini kemudiannya dianalisis dengan perisian SPSS. Hasil penganalisian data dipersembahkan dalam bentuk bilangan dan peratusan. Berpandukan hasil kajian, pengkaji telah membuat rumusan bahawa faktor yang dikaji boleh mendorong minat membaca responden. Berdasarkan saranan pengkaji, peranan ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan serta sikap pelajar itu sendiri amat penting dalam memupuk dan mendorong minat membaca dikalangan pelajar-pelajar. Harapan pengkaji terhadap kajian mengenai minat membaca dikalangan pelaja-pelajar tingkatan empat ini ialah kajian ini perlu diteruskan dengan memperluaskan skopnya supaya keberkesanan kajian ini akan lebih bersifat menyeluruh.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02402
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12016

Actions (login required)

View Item View Item