Amalan Membaca Pelajar Tingkatan 4, Sek. Men. Keb. Lktp, Belitong, Kluang, Johor (kajian Kes)

Hasan, Hamisiah and Bachik, Ahamat (2003) Amalan Membaca Pelajar Tingkatan 4, Sek. Men. Keb. Lktp, Belitong, Kluang, Johor (kajian Kes). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat dan menghuraikan amalan membaca dikalangan pelajar tingkatan 4, sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong, Kluang , Johor. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah tujuan pelajar membaca, apakah bahan-bahan bacaan pelajar tersebut, berapakah peruntukan masa yang diberikan oleh pelajar untuk membaca dan dari manakah sumber bahan bacaan pelajar tersebut diperolehi. Responden adalah terdiri dari 120 orang pelajar aliran sastera dan perdagangan di sekolah ini. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah scara kualitatif dengan menggunakan statistik diskriptif. Data-data yang dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS versi 10.0. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C. Hasil analisis data ditunjukkan dalam kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai amalan yang bersesuaian terhadap membaca, tetapi minat membaca mereka adalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar kurang berminat membaca bahan bacaan berbentuk ilmiah, tetapi minat membaca akhbar-akhbar tempatan dan majalah hiburan. Dapatan juga menunjukkan bahawa ruangan akhbar yang paling digemari oleh resonden adalah ruangan sukan dan hiburan. Hasil kajian ini serta cadangannya diharapkan dapat membantu ibubapa, pihak sekolah, dan Kementerian Pendidikan dalam merancang strategi dan kaedah yang sesuai bagi mempertingkatkan lagi minat serta amalan membaca pelajar khasnya masyarakat amnya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02395
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12009

Actions (login required)

View Item View Item