Pengurusn Masa Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulai Dan Mersing, Johor

Sulai, Fakhri and Kamin, Yusri (2003) Pengurusn Masa Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulai Dan Mersing, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pengurusan masa yang berkesan merupakan satu faktor yang menentukan kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah untuk meninjau pengurusan masa guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga di sekolah-sekolah menengah daerah Kulai dan Mersing, Johor. Instrument kajian terdiri daripada set soalan selidik yang dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi 7 items yang berkaitan dengan latar belakang responden. Bahagian B pula terdiri dari 40 item berbentuk skala Likert digunakan untuk meninjau pengetahuan guru tentang pengurusan masa, perlaksanaan perancangan, penyediaan pengajaran dan faktor-faktor yang menghalang guru dari mengiikut masa yang telah dirancang. seramai 52 orang guru Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga telah dipilih sebagai responden daripada jumlah 60 orang populasi. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik diskriptif iaitu mencari kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS for Windows 10.0 ( Statistical Package For Social Sciences). Hasil kajian mendapati pengetahuan guru tentang kepentingan masa ini adalah amat tinggi iaitu 92.3%. Walaubagaimanapun. tahap pengurusan masa dari segi perlaksanaan pengajaran mengikut perancangan iailah 70.8% dan dari aspek penyediaan ialah 647%. Pada keseluruhannya, tahap pengurusan masa guru-guru Kemahiran Hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi. walau bagaimanpun ia perlu dipertingkatkan lagi untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup dapat dilaksakan dengan lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02389
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:57
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/12003

Actions (login required)

View Item View Item