Strategi Pengajaran Guru Kejuruteraan Awam Dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor

Mohd Said, Mohd Zambandi and Bakar, Md Nor (2002) Strategi Pengajaran Guru Kejuruteraan Awam Dalam Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran guru Kejuruteraan Awam dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Ia dijalankan di lapan buah sekolah Menengah Teknik di negeri Johor dan melibatkan tiga puluh orang guru sebagai responden. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik berskala Likert, pilihan keutamaan dan soalan terbuka. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSSV 10.0 bagi menilai kekerapan frekuensi, peratus dan minnya. Hasil dari analisis serta perbincangan, penyelidik mendapati bahawa majority responden menggunakan strategi pengajaran tertentu merangkumi kaedah, teknik, bahan dan alat bantuan mengajar dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam yang menjurus kepada pendedahan isu pembangunan, cabang-cabang kejuruteraan awam, pengaruh serta hubung kaitnya dengan kehidupan seharian. Di samping itu, dicadangkan pihak Kementerian dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional membuka peluang untuk mempergiatkan dan memperbanyakkan seterusnya strategi pengajaran guru-guru Kejuruteraan Awam.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02223
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11871

Actions (login required)

View Item View Item