Pembinaan Perisian Multimedia Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Teras Tingkatan 3 Bertajuk Membiak Tumbuhan

Mamat, Rosli and Idris, Abdul Razak (2002) Pembinaan Perisian Multimedia Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Teras Tingkatan 3 Bertajuk Membiak Tumbuhan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Situasi pembelajaran dalam pendidikan masa kini mengalami era pembangunan yang amat ketara seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Secara tidak langsung ia meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pendidikan terutamanya penggunaan perisian pembelajaran multimedia. Tujuan utama projek ini dijalankan ialah untuk membangun satu perisian pembelajaran multimedia atau Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) yang bertajuk Membiak Tumbuhan Pertanian Tingkatan. Isi pelajaran di dasarkan kepada Huraian Sukatan Pelajaran yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Perisian ini dibina menggunakan perisian utama iaitu Macromedia Authorware 5.0 disamping perisian-perisian sokongan lain dalam persekitaran Windows Me. Isi pelajaranya disusun berdasarkan kepada kaedah pembelajaran kendiri agar dapat digunakan oleh pelajar dengan lebih berkesan dan ia juga mamapu dijadikan bahan Bantu mengajar oleh guru. Dengan adanya perisian ini diharapkan dapat menarik minat pelajar untuk belajar Pertanian dan meningkatkan pemahaman terhadap isi pelajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02148
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11796

Actions (login required)

View Item View Item