Satu Tinjauan Tentang Pengaruh Faktor Minat, Sikap Dan Persekitaran Dalam Pembelajaran Teknologi Automotif (ta) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kelantan

Wan Hamzah, Wan Mohd Hanif and Mohd Amin, Nor Fadila (2002) Satu Tinjauan Tentang Pengaruh Faktor Minat, Sikap Dan Persekitaran Dalam Pembelajaran Teknologi Automotif (ta) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kelantan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau factor minat, sikap dan persekitaran dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi Automotif di kalangan pelajar tingkatan 4 di tiga buah sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan. Kajian ini melibatkan sebanyak limapuluh lapan orang pelajar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item merangkumi faktor minat, faktor sikap dan faktor persekitaran disediakan. Semua maklumat yang diperolehi, dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk mendapatkan nilai peratus dan frekuensi. Hasil penganalisaan data menunjukkan bahawa minat yang rendah dan sikap tidak ambil kisah di kalangan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran merupakan punca utama kelemahan pencapaian dalam mata pelajaran Teknologi Automotif. Selain itu, beberapa kemudahan sekolah perlu diberi perhatian yang lebih serius. Pada keseluruhannya dapat ditumuskan bahawa factor dalaman serta faktor isi kandungan pelajaran mempengaruhi kelemahan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Teknologi Automotif. Beberapa cadangan untuk mengatasi kelemahan dan cadangan kajian lanjutan yang disarankan adalah untuk memperbaiki tahap pencapaian pelajar kursus Automotif dalam mata pelajaran Teknologi Automotif pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 02144
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 06:56
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11792

Actions (login required)

View Item View Item